Syukur sempat tunai hajat di hujung Ramadan - Utusan Malaysia

Syukur sempat tunai hajat di hujung Ramadan

Salah satu lokasi agihan makanan di beberapa kawasan di ibu negara pada hari terakhir Ramadan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena hari terakhir berpuasa semalam, lebih 100 petugas barisan hadapan, golongan asnaf dan individu kurang bernasib sempat diraikan menerusi sumbangan serta agihan berbuka puasa.

Pengarah Syarikat Noir Health & Beauty Sdn Bhd (Noir) , Eriyca Baiduri Abd. Rashid berkata, beliau yang  tidak menyangka tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri diumumkan hari ini bagaimanapun bersyukur dapat meneruskan pemberian sumbangan sehingga di saat akhir Ramadan.

Apa yang penting menurut beliau, sumbangan tersebut dibuat mengikut kumpulan yang ditetapkan termasuk petugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang.

“Alhamdulilah kami bersyukur sempat juga agihkan juadah berbuka puasa percuma di bazar sekitar Lembah Klang seperti di Bazar Ramadan Kota Damansara, Bandar Kinrara, Pantai Dalam dan sekitar ibu kota.

“Selain itu,  aktiviti agihan juadah berbuka puasa juga dilebarkan kepada golongan kurang bernasib baik di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit,” katanya kepada Utusan Malaysia..

Sambutan Hari Raya tahun ini memberi kejutan selepas ramai yang menjangkakan perayaan tersebut diraikan pada esok.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai yang kelam-kabut dan mula menaikkan status di media sosial masing-masing bertanya antara satu lain bagi mendapat juadah untuk hari raya.

Selain, juadah ada yang menyatakan belum bersedia mengosok dan memasang butang baju raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya