26 pemberontak Maoist terbunuh dalam pertempuran di India - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 28 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tiga komando cedera parah dalam pertempuran berbalas tembakan yang berlaku selama beberapa jam

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 26 pemberontak Maoist terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan India di sebuah hutan di negara itu.

Lapor Al Jazeera, polis berkata, tiga komando mengalami cedera parah dalam pertempuran berbalas tembakan yang berlaku selama beberapa jam. Pertempuran itu berlaku di kawasan hutan di daerah Gadchiroli, kira-kira 1,000 kilometer timur Mumbai, Maharashtra.Jelas polis, pertempuran senjata meletus selepas komando polis khas menyerang sekumpulan pemberontak di hutan Mardintola.

“Sekurang-kurangnya 26 pemberontak Maoist meninggal dunia,” kata seorang pegawai polis Maharashtra yang enggan mendedahkan namanya kepada AFP. – AGENSI

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.