Kampus Kesihatan USM sedia kemudahan sukan bertaraf antarabangsa

Kampus Kesihatan USM sedia kemudahan sukan bertaraf antarabangsa

MUHAMAD SABRI SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dijangka mempunyai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa apabila Projek Padang Sintetik di Kompleks Sukan 2 siap dalam tempoh enam bulan dari sekarang, yang juga merupakan terbesar di negeri Kelantan. 

Pengarah Pembangunan Korporat Strategik USM, Muhamad Sabri Said berkata, projek itu merupakan inisiatif pengurusan USM dengan kerjasama 59KOPA Sdn. Bhd. (Kopa) bagi membangunkan fasiliti sukan yang bertaraf antarabangsa. 

Katanya, ia merupakan projek kedua pihak Kopa selepas kejayaan di kampus induk. 

“Jumlah pelaburan Fasa 1 dianggarkan sebanyak RM2.2 juta dan fasa 2 berjumlah RM2.5juta dalam tempoh 16 tahun konsesi.

“Projek berimpak tinggi  ini menjadi platform rekreasi di antara universiti dengan komuniti dan memberi nilai tambahan kepada USM,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah Muhamad Sabri, kejayaan projek itu juga membolehkan USM membangunkan ekosistem sukan yang lengkap dan bertaraf antarabangsa. 

“Projek Fasa satu merangkumi satu unit padang sintetik bertaraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan saiz 105 meter x 68 meter, satu unit padang sintetik (7-sebelah) dan menaiktaraf fasiliti Kompleks Sukan seperti tempat duduk astaka, tandas, bilik persalinan dan lain-lain.

“Fasa 2 pula merangkumi satu unit padang sintetik bertaraf FIFA dengan saiz 105 meter x 68 meter dan ruang-ruang komersial. Perancangan Fasa 2 dijangkakan akan bermula selepas 12 bulan pengoperasian Fasa 1,” jelasnya. 

Upacara pecah tanah projek diadakan hari ini oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. 

Yang turut hadir, Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Urusan Kumpulan Usains Holding Sdn. Bhd, Farid Wajidi Mat Yusoff dan Pengarah Urusan Kumpulan Kipas Sdn Bhd, Nik Mohd Iqbal Nik Ibrahim. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.