Pasangan kekasih dipenjara enam bulan curi barang kemas - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih dipenjara enam bulan curi barang kemas

MUHAMMAD Efendi Sanusi Gunarto (dua dari kiri) dan Nur Sabrina Khairul (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada 18 April lalu atas kesalahan mencuri barang kemas dalam kedai emas di Pekan Kuala Pilah. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Mahkamah Majistret Kuala Pilah di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atas sepasang kekasih selepas mereka mengakui bersalah mencuri seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dari sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah pada 8 April lalu.

Tertuduh, Muhammad Efendi Sanusi Gunarto, 24, dan Nur Sabrina Khairul, 22, mengekalkan pengakuan bersalah mereka di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada 18 April lalu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan bersama, kedua-duanya pada 8 April lalu, kira-kira pukul 3.45 petang di Kedai Emas Pilah, telah mencuri seutas gelang tangan emas jenis Dunhill seberat 36.76 gram milik kedai emas berkenaan.

Kedua-duanya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan sepasang kekasih yang bertindak melarikan seutas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas ditangkap kira-kira pukul 11.30 malam, 14 April lalu di Pudu, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya