Macron tewaskan Le Pen dalam pemilihan Presiden Perancis

Macron tewaskan Le Pen dalam pemilihan Presiden Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rakyat Perancis memilih untuk mengekalkan Emmanuel Macron sebagai Presiden negara itu bagi meneruskan penggal baharunya selama lima tahun lagi.

Macron meraih 58 peratus undian pada pusingan kedua Pilihan Raya Presiden 2022 berbanding pencabarnya, Marine Le Pen dengan 41 peratus undian.

Macron ialah Presiden Perancis pertama memenangi pilihan raya presiden bagi penggal kedua dalam tempoh dua dekad.

Pemimpin berusia 44 tahun itu menghadapi cabaran untuk meraih majoriti selesa menjelang Pilihan Raya Parlimen Jun nanti.

Dua minggu lalu, pusingan pertama pilihan raya itu menyaksikan Macron dan Le Pen memperoleh undian terbanyak berbanding calon lain.

Macron mendapat 28.2 peratus undi, manakala, Le pen meraih 23.4 peratus.

Dalam kempennya sebelum ini, Macron berikrar untuk melaksanakan dasar kemajuan, keterbukaan dan memperjuangkan kemerdekaan Perancis dan Eropah.

Dalam pada itu, ratusan penunjuk perasaan dari kumpulan ultra-kiri turun ke jalanan di beberapa bandar di Perancis bagi membantah pemilihan semula Macron.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya