Kelantan United pulang hampa - Utusan Malaysia

Kelantan United pulang hampa

JORDAN Mintah (kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukannya dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, sebentar tadi. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jaringan tunggal Jordan Mintah membolehkan Terengganu FC II mengatasi Kelantan United 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan anak-anak buah Badrul Afzan Razali melonjak ke tangga keempat dengan mengumpul enam mata dari tiga perlawanan.

Kem tuan rumah memecahkan kebuntuan selepas Mintah bijak melepasi kawalan tiga pertahanan pelawat sebelum tenang melakukan penyudah pada minit ke-45.

Aksi babak kedua berlangsung perlahan dengan Kelantan United hanya mampu menguji kubu Sang Penyu melalui Njoku Jacob pada minit ke-67, namun dihalang pertahanan tuan rumah.

Kedudukan 1-0 itu bagaimanapun kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus memaksa Kelantan United pulang ke Kota Bharu dengan tangan kosong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya