The Red Warriors bangkit jinakkan Bos Gaurus - Utusan Malaysia

The Red Warriors bangkit jinakkan Bos Gaurus

PEMAIN Perak FC, Muhammad Firdaus Saiyadi (kiri) diasak pemain Kelantan FC, Muhammad Yusri Yuhasmadi dalam perlawanan Liga Perdana remier di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kelantan FC bangkit pada babak kedua untuk menenggelamkan Perak FC 3-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Perak sebentar tadi.

Jelas semangat semata-mata tidak mencukupi buat pemain ubi muda tuan rumah untuk menandingi pemain pelawat.

Dalam perlawanan di atas padang basah, kedua-dua pasukan nempamer permainan bersemangat dan berbalas serangan.

Kelantan mengasak ke kubu Perak tetapi anak buah Yusri Che Lah berjaya mematah serangan pelawat.

Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-20 apabila Nazmi Ahmad memanfaatkan bola muntah dari tangkapan Ahmad Solehin Mamat untuk menjaringkan gol pendahuluan.

Bersemangat dengan gol itu, Perak melancarkan serangan bertali arus dan tiga minit kemudian mendapat peluang jaringan tetapi Hakimi Mat Isa gagal sudahkan peluang yang terbuka.

Dalam kerancakkan permainan, insiden pada minir ke-43 merencatkan perlawanan yang menyaksikan pemain The Red Warriors, Danial Hadri Effendi Jagan pemain Perak, Royizzat Daud (Perak) dilayangkan kad merah oleh pengadil Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman .

Babak kedua menyaksikan kebangkitan The Red Warriors yang mempamer penguasaan dari awal .

Nurshamil Abd. Ghani memanfaatkan bola yang ‘dihadiahkan’ S. Pavithran dua minit permainan berlangsung untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kelantan terus menguasai perlawanan, dan
Syed Sobri Syed Mohd. menewaskan G. Yuganes pada minit ke-65 untuk gol kedua pelawat.

Lima minit kemudian, giliran Nurshamil menewaskan Yuganes dari hujung kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-1 memihak pasukan pelawat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya