Jang terus cemerlang kekal rekod tanpa kalah - Utusan Malaysia

Jang terus cemerlang kekal rekod tanpa kalah

PERTAHANAN Negeri Sembilan, Che Rashid Che Halim (kiri) diasak pemain PJ City, K. Kannan dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini. -UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) 3-1 malam tadi.

Berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, tuan rumah lebih banyak menguasai aksi dan memperoleh beberapa peluang jaringan di minit-minit awal perlawanan.

Bagaimanapun, gol pertama Negeri Sembilan hanya diperoleh pada penghujung aksi separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain import mereka, Herold Mark Goulon.

Memasuki separuh masa kedua, pelawat berjaya mengikat kedudukan hasil tandukan penyerang sensasi mereka, Darren Lok yang menyudahkan hantaran sepakan percuma diambil V. Ruventhiran pada minit Ke-63.

HEROLD Mark Goulon (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini. -UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Tuan rumah kemudian melancarkan serangan bertali arus dan akhirnya berjaya memperoleh gol kedua mereka pada minit ke-80.

Ia menerusi penyerang gantian, Sean Eugene Selvaraj menyambut hantaran Herold Goulon yang kemudian melambung bola ke gawang gol pelawat yang dikawal oleh Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Negeri Sembilan memastikan kemenangan milik mereka apabila penyerang import mereka, Matheus Alves Leandro menjaringkan gol ketika selepas menanduk masuk bola hasil hantaran Mohamad izzudin Mohd. Roslan pada minit ke-85.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Negeri Sembilan lapan mata hasil dua kemenangan dan dua kali seri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya