LONDON: Jaringan minit terakhir Leandro Trossard menghadiahkan kemenangan 1-0 buat Brighton, sekali gus memberi tamparan kepada Tottenham untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kelompok empat teratas.
Trossard melakukan rembatan lencong yang gagal diselamatkan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspur, sebentar tadi.
Steven Bergwijn kemudian terlepas untuk menyamakan kedudukan pada awal masa kecederaan menerusi salah satu peluang yang jarang dilakukan pasukan tuan rumah.
Tottenham kekal di tempat keempat dengan hanya tiga mata mengatasi pencabar rapat, Arsenal yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.
Gunners mampu menyamai mata jika mengalahkan Southampton dalam perlawanan yang sedang berlangsung.
Anak-anak buah Graham Potter menikmati permainan lebih baik pada separuh masa pertama, di mana Spurs kelihatan lembap walaupun tidak bermain selama hampir seminggu.
Permainan tuan rumah bagaimanapun bertambah baik pada babak kedua, namun mereka dihukum oleh pertahanan lemah, selain skil hebat Trossard .
Pemain Belgium itu menewaskan pertahanan lawan, Eric Dier sebelum melepaskan rembatan kaki kanan ke gawang. – AGENSI