Ayam mahal: Industri jagung bijian atasi isu harga dedak tinggi

Ayam mahal: Industri jagung bijian atasi isu harga dedak tinggi

RONALD Kiandee ketika mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya semalam bagi membincangkan isu kenaikan harga ayam dalam pasaran. - FOTO/IHSAN MAFI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka memperkenalkan pelan tindakan Pembangunan Industri Jagung Bijian bagi tempoh jangka panjang dalam usaha menangani harga dedak yang mahal.

Perkara itu antara inisiatif dirangka dua kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ternakan yang sekali gus mampu menjamin harga ayam kekal rendah.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menerusi kenyataan hari ini berkata, langkah itu dijangka dapat menurunkan sehingga 30 peratus kos bagi bahan import makanan ternakan

“Pada ketika ini beberapa sesi libat urus dengan pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah dan sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Semalam, kementerian itu mengadakan sesi mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sini bagi membincangkan isu kos ayam dan telur.

Ia turut dihadiri oleh menteri berkenaan masing-masing Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk mencari penyelesaian terbaik kepada isu berkenaan.

Mesyuarat itu juga bagi memastikan industri ternakan ayam kekal mampan selain sekuriti makanan terjamin dan rakyat mendapat akses bagi sumber protein dengan harga berpatutan.

Sebanyak tiga kertas dibentangkan dua kementerian itu yang meliputi aspek kenaikan kos pengeluaran di ladang, peningkatan harga jagung dan senario pematuhan harga maksimum.

Awal Februari lalu, Ronald ada memberi bayangan diwujudkan semula projek ladang jagung mega dicadang kerajaan Barisan Nasional sebelum dibatalkan Pakatan Harapan pada 2018.

Usaha itu pernah disuarakan bekas menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana negara pada masa ini bergantung 100 peratus dedak jagung dari luar negara yang tidak stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya