9,673 jangkitan baharu Covid-19, 16 kematian


MALAYSIA mencatatkan sedikit penurunan dalam jangkitan Covid-19 semalam dengan 9,673 kes dilaporkan berbanding 10,413 hari sebelumnya.

Laman web CovidNow menunjukkan 16 kematian turut dilaporkan di mana lima daripadanya meninggal dunia di luar hospital.

Dengan penambahan angka baharu itu kes aktif kini berjumlah 113,175 manakala jumlah kematian ialah 35,397.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 6,148 diikuti Kuala Lumpur (683) dan Perak (505).

Negeri Sembilan melaporkan 504 kes, Johor (313), Pulau Pinang (302), Melaka (263), Kedah (189), Sarawak (189), Terengganu (148), Pahang (132), Sabah (101), Kelantan (77), Putrajaya (50), Perlis (14) dan Labuan (10).

Pangkalan data GitHub menunjukkan Perak melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan lima kes.

Pahang, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kematian manakala Johor, Perlis, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan satu kematian.

Kira-kira 2,281 pesakit kini dirawat di hospital akibat Covid-19 manakala 152 berada di unit rawatan rapi (ICU). 

Daripada mereka yang dirawat di ICU, 87 menggunakan ventilator. – 16 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen