Sebanyak 1,042 kes kematian akibat Covid-19 di Pahang sehingga 13 April

Sebanyak 1,042 kes kematian akibat Covid-19 di Pahang sehingga 13 April

NOROLAZALI Sulaiman (tengah) melancarkan Walkabout Kempen Keselamatan Makanan di bazar Ramadan peringkat Negeri Pahang di Laman Kerayong, Bera, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Pahang mencatatkan sebanyak 1,042 kes kematian iaitu 0.6 peratus daripada keseluruhan 169,481 kes Covid-19 di negeri ini sehingga 13 April lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, daripada kumulatif kematian itu, 622 kes atau 59.7 peratus kes tidak divaksin.

Tambahnya, sebanyak 128 kes (12.3 peratus) tidak lengkap vaksin, 266 kes (25.5 peratus ) lengkap vaksin dan 26 kes (2.5 peratus) kematian membabitkan penerima vaksin dos penggalak.

“Kes aktif menerima rawatan sebanyak 1,432 kes atau 0.8 peratus. Sejumlah 119 (8.3 peratus) kes sedang menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 1,313 (91.7 peratus kes berada dalam pengawasan di rumah).

“Sehubungan itu, pihak kerajaan konsisten menggalakkan rakyat mengambil vaksin dos penggalak bagi meminimumkan risiko kematian Covid-19 yang masih menjadi ancaman kesihatan global,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Walkabout Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadhan Peringkat Negeri Pahang di Laman Kerayong Bera, di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azimi Yunus dan Pegawai Kesihatan Daerah Bera, Dr. Azuwa Arif.

Dalam perkembangan berkaitan, Norolazali berkata, sehingga 11 April lalu, seramai 616,441 orang di Pahang telah menerima vaksin dos penggalak iaitu pada kadar 58.4 peratus dengan daerah Cameron Highlands mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 60.6 peratus.

Menurutnya, semua daerah di negeri ini mempunyai liputan vaksin dos penggalak melebihi 60 peratus kecuali  empat  daerah iaitu Pekan, Maran, Jerantut dan Lipis di bawah 50 peratus.

“Bagi program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun (PICKids) pula, seramai 54,510 orang telah menerima dos pertama iaitu 28.3 peratus.

“Ia dilihat masih rendah walaupun setelah hampir dua bulan PICKids berlangsung di Pahang di mana daerah Cameron Highlands masih mendahului liputan sebanyak 55.5 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya