Kes Covid-19 dunia lepasi 500 juta kes - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 dunia lepasi 500 juta kes

covid-19
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi jumlah 500 juta jangkitan akibat penularan sub-varian BA.2 Omicron yang lebih mudah berjangkit di kebanyakan negara Eropah dan Asia.

Sub-varian BA.2 Omicron menjadi penyebab utama peningkatan kes di China dan Eropah. Selain turut disifatkan sebagai ‘varian tersembunyi’ kerana sukar dikesan berbanding yang lain.

Korea Selatan mendahului dunia dalam jumlah purata kes harian baharu. Negara itu merekodkan lebih 182,000 jangkitan baharu dalam sehari dan menyumbang kepada satu kes daripada empat jangkitan di seluruh dunia.

Kes baharu turut meningkat di 20 daripada lebih 240 negara dan wilayah, termasuk Taiwan, Thailand dan Bhutan.

Shanghai kini bergelut dengan penularan Covid-19 terburuk dengan mencatatkan 25,000 kes tempatan baharu.

Sementara itu, jumlah kes baharu di beberapa negara Eropah dilihat semakin perlahan dan merekodkan penurunan.

Namun, benua itu masih melaporkan lebih sejuta kes setiap dua hari.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, kes jangkitan menurun mendadak, manakala di Asia, gelombang jangkitan masih membimbangkan.

Sementara itu, syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer mengumumkan vaksin Covid-19 yang berkesan terhadap pelbagai varian akan dihasilkan sebelum penghujung tahun ini.

Pengerusinya, Albert Bourla berkata, syarikat itu juga berusaha menghasilkan vaksin yang boleh memberikan perlindungan lengkap sepanjang tahun, menyaksikan orang ramai hanya perlu mendapatkan dos penggalak setahun sekali seperti suntikan influenza.

“Saya berharap menjelang musim luruh ini, Pfizer sudah memiliki vaksin yang berkesan terhadap semua varian Covid-19 yang diketahui,” katanya dalam taklimat bersama media.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya