Dua beradik buru kejayaan bawa nama Mjestic - Utusan Malaysia

Dua beradik buru kejayaan bawa nama Mjestic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kisah dua lelaki bersaudara, Zarif Azrie Zahari dan Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap di bawah jenama Mjestic ini cukup menginspirasikan.

Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam ia adalah bukti bahawa kedua-dua individu ini tidak bermain-main dengan apa yang diusahakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zarif, 31, usaha mereka mengangkat jenama itu di pasaran bagaikan satu langkah tepat yang telah diatur oleh Tuhan.

“Saya dan adik memang memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.

“Cuma hasrat kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang sesuai dengan badan. Kalau nak beli di pasaran,dipakai, mesti rasa tak selesa.

“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai dan rasa selesa, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.

Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.

Malah di laman rasmi Instagram @mjesticofficial turut ditulis profil pengenalan sebagai baju Melayu ‘Meow’ (merujuk kepada bunyi kucing).

“Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga, ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.

“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.

Selain itu, menurutnya lagi, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal tak lama lagi dengan lebih 15,000 telah terjual.

Katanya, jenama ini tidak mempunyai duta khas, namun turut menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah.

“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya di butik fizikal.

“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.

“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualan secara online dan di butik fizikal. Tahun ini kami sasarkan keuntungan jualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira Alhamdulillah,” kata Zarif.

Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.

“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’ menawan kerongsang bunga di poket.

“Baju Melayu kami juga lebih moden kotemporari dengan kolar jenis ‘double’ nampak lebih ampuh dan tak mudah kemek. Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma.

“Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya