Pemandu kes basikal lajak fail kebenaran merayu

Pemandu kes basikal lajak fail kebenaran merayu

basikal lajak
KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu wanita yang dipenjara enam tahun dan denda RM6,000 atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja, memfailkan kebenaran merayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam mewakili Sam Ke Ting, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, pihaknya telah memfailkan kebenaran merayu dan perakuan segera melalui sistem e-filing mahkamah.

“Kami mengemukakan kedua-dua permohonan itu hari ini (semalam),” katanya.

Pemandu wanita itu yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun bermula kelmarin.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah turut menjatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 kepada Ke Ting, 27, yang mana jika gagal bayar akan ditambah hukuman penjara enam bulan dan tertuduh juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik sahaja selesai menjalani tempoh hukuman.

Peguam wanita itu turut memohon penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas responden yang mana hukuman bermula dari tarikh sabitan, bagaimanapun hakim tidak membenarkan penangguhan selagi tidak menerima kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan.

Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan yang berlaku pada 18 Februari 2017.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya