MAIWP agih RM4.39j bantu pesakit

MAIWP agih RM4.39j bantu pesakit

IDRIS Ahmad menyampaikan replika cek kepada Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Putrajaya, Dr. Wan Samhanin Wan Sulaiman (kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Wilayah Persekutuan Tahun 2022 di Hospital Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Februari lalu mengagihkan bantuan perubatan kepada 1,736 penerima dengan jumlah perbelanjaan  RM4,396,959. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia di bawah Skim Bantuan Perubatan untuk mereka yang berkelayakan. 

“Melalui skim ini, pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan antaranya bantuan hemodialisis, peralatan kesihatan, perubatan am dan kanak-kanak khas orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan 2022 di Hospital Putrajaya, hari ini. 

Idris menambah, usaha MAIWP itu adalah keprihatinan majlis tersebut kepada mereka yang memerlukan bantuan. 

Ujarnya, langkah itu penting kerana kadangkala untuk menampung kos rawatan dan peralatan kesihatan sudah tentu tinggi dan membebankan golongan yang kurang berkemampuan. 

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap tahun MAIWP menyampaikan bantuan kepada tabung kebajikan hospital. 

Pada tahun ini, jelasnya, sumbangan diteruskan kepada 12 buah hospital yang menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.03 juta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya