Ada ‘gangguan’ RUU Anti Lompat Parti - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Ada ‘gangguan’ RUU Anti Lompat Parti – Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO kesal dengan penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti kerana ia akan melewatkan lagi usaha mentransformasi landskap baharu politik di negara ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan penangguhan itu berlaku disebabkan terdapat ‘gangguan’ oleh pihak tertentu yang kurang senang dengan pindaan perlembagaan itu.

Katanya, melalui taklimat yang diberikan sebelum ini, pindaan perlembagaan tersebut sudah mencukupi sekiranya dipersetujui oleh Kabinet, namun proses pindaan RUU berkenaan tidak selancar seperti yang diharapkan.

“Perlu diingatkan, UMNO adalah parti yang paling terkesan apabila 15 Ahli Parlimennya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tindakan mereka telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi di kawasan masing-masing yang mengundi mereka sebagai calon Barisan Nasional (BN),” katanya ketika ditemui selepas meninjau Bazar Ramadan Pekan Ayer Baloi, di sini.

Semalam, Wan Junaidi memaklumkan bahawa pembentangan RUU Anti Lompat Parti ditangguhkan buat kali kedua, selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu.

Katanya, ia setelah Kabinet tidak mendapat kata sepakat, malah, tidak bersetuju dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin minggu hadapan.

Namun, Wan Junaidi menjelaskan, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU tersebut dibentangkan pada masa hadapan.

Sementara itu, tambah Ahmad, sepatutnya apabila dipinda perlembagaan tersebut pada Isnin ini semuanya telah selesai, namun ia kelihatan tidak sebagaimana diharapkan.

“Pindaan perlembagaan hanya sedikit, selepas ini akan ada akta yang berbeza. Saya berpendapat bukan satu langkah yang baik kerana pindaan akta boleh diubah dengan hanya majoriti mudah. Namun pindaan perlembagaan tidak boleh diubah jika tiada persetujuan dua pertiga Ahli Parlimen atau sekurang-kurangnya 184 orang yang menyokong pindaan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya