Pegawai polis tak mengaku rogol, cabul tahanan wanita - Utusan Malaysia

Pegawai polis tak mengaku rogol, cabul tahanan wanita

PEGAWAI polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas empat pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita di pejabatnya, tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita di pejabatnya, tahun lalu.

Tertuduh, A. Teevagar Gabrialnayagam, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol wanita berusia 29 tahun di bilik pegawai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini antara pukul 3 hingga 5.30 petang, 5 Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama di lokasi dan pada masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita sama dengan niat untuk melakukan pencabulan terhadap kehormatannya di lokasi dan pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii sekali lagi terhadap wanita sama di lokasi sama kira-kira pukul 2 petang hingga 4.30 petang pada 7 Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tengku Sharifudin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM11,000 bagi kesemua pertuduhan selain menetapkan 17 Mei depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. Tertuduh membayar ikat jamin ditetapkan oleh mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya