Allahuakbar jeritan terakhir ibu maut bersama tiga anak - Utusan Malaysia

Allahuakbar jeritan terakhir ibu maut bersama tiga anak

JENAZAH empat beranak yang maut dalam kemalangan di Bentong, Pahang disolatkan di Masjid Assidiqin, Mukim Panchor hari ini. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kalimah ‘Allahuakbar’ adalah jeritan terakhir Raihan Mohamad, 43, sebelum wanita itu maut bersama tiga anaknya apabila  kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda  di Kampung Lebu, Bentong, Pahang petang semalam.

Dalam kejadian  pukul 2.30 petang, Raihan bersama tiga anak maut di tempat kejadian selepas tercampak dari kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Vellfire dinaiki.

Ia berlaku selepas kenderaan itu  dirempuh  Nissan Navara yang dikatakan tidak berhenti di persimpangan  lampu isyarat merah.

Tiga anak Raihan yang maut ialah Ahda Dalili Mohd. Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7 dan Ahda Imtinan, 4, manakala suaminya, Mohd. Nazri Hamid, 44 yang memandu Vellfire  cedera di tangan.

Menceritakan semula tragedi meragut nyawa empat insan tersayang itu, Mohd. Nazri yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana nahas berlaku amat pantas.

MOHD. NAZRI dipeluk ahli keluarga lain selepas isteri dan tiga anaknya selama dikebumikan di Pengkalan Chepa, Kota bharu hari ini. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK

“Saya hanya terdengar arwah Isteri menjerit ‘Allahuakbar’ ketika kenderaan dinaiki kami dirempuh Nissan Navara yang melanggar lampu isyarat merah, sebelum dia dan anak-anak tercampak keluar dari kenderaan.

“Selepas rempuhan saya masih berada dalam keadaan terkejut dan ada beberapa individu cuba membelasah saya kerana salah faham dan anggap saya menjadi punca kepada nahas tetapi dapat dihalang oleh pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, empat beranak tersebut selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Panchor, Pengkalan Chepa, di sini  pukul 10.30 pagi ini dengan solat jenazah diimamkan Mohd. Nazri sendiri.

Menurut guru Pendidikan Islam itu, keluarganya bersama keluarga abang iparnya, Mohd. Zaid  Mohamad, 46, berkonvoi untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis kenduri anak saudara arwah isteri.

Katanya, dua lagi anak mereka, Ahdan Fasihah, 11 dan Ahmad Awaz, 12, terselamat kerana mereka menaiki sebuah lagi kereta yang dipandu Mohd. Zaid.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya