Kluster aktif Covid-19 hampir 300 - Utusan Malaysia

Kluster aktif Covid-19 hampir 300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya 47 kes bersamaan 0.9 peratus daripada 5,439 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,392 kes bersamaan 99.1 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, sebanyak 5,439 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 4,744 kes sekali gus mengatasi 4,409 kes sembuh.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit penurunan iaitu 70 kes berbanding semalam, 72 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan penurunan, 124 kes berbanding semalam, 129 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 22 kluster baharu berbanding semalam, 21 kluster.

Katanya, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,371 kluster. 

“Sebanyak 274 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan  peningkatan berbanding semalam, 259 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,097 kluster berbanding semalam, 6,090 kluster,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu 12 kes berbanding semalam, 16 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,930 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), dua kes daripada 12 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,434 kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya