Bisnes gunting rambut sudah kembali okey - Utusan Malaysia

Bisnes gunting rambut sudah kembali okey

TN WINDA MOHD. TAHIR dan MICHAEL POH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 8,000 pengusaha kedai gunting rambut yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ramai bercerai-berai tahun lalu, kini bangkit semula.

Sebanyak 4,000 pengusaha kedai gunting rambut yang sudahpun gulung tikar pada tahun lalu, kini kembali menyertai perkhidmatan berkenaan.

Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA), TN Winda Mohd Tahir, 48, berkata, tahun ini dijangka menjadi ruang kepada para tukang gunting rambut untuk kembali meningkatkan perniagaan masing-masing berikutan sektor ekonomi dan sosial dibuka sepenuhnya.

Menurutnya, perkembangan ini amat positif bagi pekerja perkhidmatan berkenaan yang kini tidak menang tangan menerima kehadiran pelanggan.

“Alhamdulillah, semua me­nuju ke arah pemulihan ekonomi, terdapat kedai yang dahulunya sudah berhenti beroperasi, kini memulakan perniagaan mereka semula, malah, ada yang membuat penambahan cawangan dan terdapat juga muncul pendatang baharu dalam industri.

“Cuma, saya berharap kerajaan boleh mempertimbangkan semula arahan apron pakai buang ketika kes harian berada dalam keadaan terkawal dan supaya dapat mengurangkan kos perbelanjaan kami,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, seramai 7,400 pengusaha kedai dandanan rambut hilang punca pendapatan, malah, berada pada paras tidak mampu meneruskan perniagaan akibat tidak dibenarkan bero­perasi berikutan pelaksanaan PKP menjelang penularan Covid-19.

Senada dengan itu, Presiden United Hairdressing Malaysia (MHA), Dr. Michael Poh berkata, industri dijangka semakin baik menjelang tiba perayaan Tahun Baharu Cina kerana masyarakat mula memenuhi premis untuk mendapatkan gaya rambut baharu.

“Tahun ini, kita dapat lihat perkembangan yang positif bagi industri dandanan rambut berbanding tahun 2021 walaupun tidak sebaik tahun-tahun sebelum pandemik.

“Jadi, saya harap industri dandanan rambut dan kecantikan akan terus berkembang hingga kembali seperti dahulu,” ujar­nya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya