BN mesti bekerja luar biasa menangi PRN Johor - Utusan Malaysia

BN mesti bekerja luar biasa menangi PRN Johor

SHAMSUL ANUAR NASARAH Shamsul Anuar Nasarah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) akan ditolak para pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya mengambil pendekatan dan penyampaian kempen tidak digemari mereka.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, semua jentera komunikasi dan penerangan BN haruslah berkempen dengan secara berhemah dan bijaksana manakala maklumat disampaikan mesti tepat dan betul sehingga tidak sekali memfitnah. 

Katanya, BN mesti bertindak secara bijaksana dan wajar mempelbagaikan pendekatan serta strategi bagi menghadapi pengundi Johor yang berbeza sikap dan pemikiran. 

“Keadaan semasa mencabar dan situasi tidak sama, maka, BN mesti bekerja lebih luar daripada kebiasaan dalam menghadapi PRN pada kali ini. 

“Perlu diingat, kita akan ditinggalkan atau tidak digemari oleh sebahagian pengundi mungkin kerana pendekatan diguna dan apa yang disampaikan oleh kita tidak mereka minati. Maka, jentera Komunikasi BN semua parti iaitu UMNO, MCA , MIC atau PBRS serta parti sahabat BN mestilah bijaksana. 

“Justeru, tanggungjawab besar sebagai jentera komunikasi dan penerangan UMNO BN adalah terlebih dahulu memahami latar belakang dan kedudukan serta sikap pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, beliau yakin BN akan digemari pengundi jika maklumat dan kaedah kempen yang disampaikan dengan cara betul.

“Semua ini penting kerana rakyat dan pengundi di PRN Johor menilai BN. Maka jentera parti mesti berkempen kepada keseluruhan rakyat Johor dan tidak hanya kepada ahli parti sahaja. Tanggungjawab besar ialah memastikan pengundi di Johor bersama BN,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya