Gelombang Omicron bermula di Malaysia, kata Khairy


Gelombang varian Omicron bermula di Malaysia dan dijangka meningkatkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Januari, 2022.

GELOMBANG varian Omicron bermula di Malaysia dan dijangka meningkatkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keadaan itu bagaimanapun mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-Sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya di Twitter.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut meliputi pelaksanaan langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri berkala.

“Diharapkan (langkah ini) dapat mengurangkan keparahan kes dan kemasukan ke hospital. Kes akan meningkat dan kita bersama dapat mengurangkan kesan peningkatan serta keparahan jangkitan terutama kepada golongan rentan,” katanya. – Bernama, 27 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen