Pantai Bisikan Bayu kembali indah - Utusan Malaysia

Pantai Bisikan Bayu kembali indah

PEMANDANGAN terkini Pantai Bisikan Bayu di Pasir Puteh, Kelantan yang kembali indah hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Pantai Bisikan Bayu di Semerak, di sini yang terjejas teruk akibat Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar baru-baru ini, sudah kembali indah hasil usaha pihak berkuasa tempatan.

Awal tahun ini infrastruktur di pantai itu rosak akibat dibadai angin kencang, selain pesisir pantai dipenuhi sisa batang kayu yang hanyut dan terdampar, memaksa peniaga menutup gerai masing-masing .

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, pemandangan sekitar pantai itu yang dilihat kotor adalah kesan fenomena alam, bukan dilakukan oleh pengunjung.

Kata beliau, kejadian seumpama itu ibarat rutin tahunan setiap kali musim tengkujuh yang perlu dihadapi penduduk di situ.

“Sepanjang Monsun Timur Laut, angin kencang dan keadaan laut yang bergelora lazimnya akan turut menghanyutkan ribuan sisa kayu dan pelbagai objek lain dari laut ke pesisir Pantai Bisikan Bayu.

“Selepas musim tengkujuh berlalu, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) segera turun padang untuk meninjau dan meneliti tahap kerosakan Pantai Bisikan Bayu.

“Ada beberapa kemudahan dan ‘hardscape’ yang dibina untuk mengindahkan pantai rosak dibadai ribut. Selain itu, ada juga pokok tumbang dan tanaman hiasan ditimbus pasir namun tidak serius,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Wan Hassan memberitahu, memandangkan Pantai Bisikan Bayu merupakan kawasan peranginan tumpuan orang ramai, MDPP segera melancarkan operasi membersihkan semula kawasan itu serta membaiki segala kerosakan.

“Keindahan pantai kini pulih semula dalam masa singkat selepas MDPP menempatkan petugasnya untuk melakukan kerja-kerja kebersihan setiap hari.

“Kerja-kerja melengkapkan infrastruktur diberi fokus utama oleh MDPP kerana pantai ini juga merupakan lokasi yang diiktiraf Majlis Sukan Negeri (MSN) sebagai gelanggang bola sepak pantai di Kelantan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya