Ditemukan terbaring di bilik air, Pian Cecupak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ditemukan terbaring di bilik air, Pian Cecupak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak yang terkenal dengan kumpulan Cecupak, Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian, dilaporkan meninggal dunia sekitar 8 malam tadi di kediamannya, dipercayai akibat mengalami serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh adik Pian, Hasenah, yang memberitahu Allahyarham abangnya itu telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di bilik air oleh ibu mereka.

“Mak jumpa arwah Pian dah terbaring kaku dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Kemudian, dengan bantuan ahli keluarga lain, kami bawa ke hospital dan doktor memberi pengesahan pada pukul 10.30 malam.

“Arwah memang ada sakit jantung dan kemungkinan ia menjadi punca kepada asbab kematian.Dia ada masalah jantung sejak tahun 2018 tetapi tidak pernah buat rawatan.

“Arwah cuma makan ubat sahaja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah juga memang agak merosot dan selalu mengadu sakit dada,”katanya.

Sebelum ini, Allahyarham Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 akibat sesak nafas. 

Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu, pelawak berusia 52 tahun itu didapati perlu membuat rawatan angiogram yang mana kos perubatannya berjumlah  RM5,000.

Dalam pada itu, Hasenah berkata, jenazah diuruskan oleh pihak surau berdekatan kediaman mereka di Taman Dato’ Senu, di ibu kota dan akan dikebumikan pagi ini.

Untuk info, Pian mula memasuki industri hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 90-an sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.

Anak kedua daripada enam beradik itu pernah mendirikan rumah tangga dan berpisah dengan bekas isteri pada 2000.

Menerusi perkahwinan itu, arwah dikurniakan dua cahaya mata, Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya