47.5% populasi dewasa terima dos penggalak setakat ini


Sebanyak 25,702,311 individu atau 97.9% populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap dos vaksin Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2022.

SEBANYAK 11,119,363 individu atau 47.5% daripada populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 22,918,854 individu atau 97.9% populasi dewasa lengkap dos vaksin Covid-19, manakala 23,196,650 individu atau 99.1% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,783,457 individu atau 88.4% melengkapkan vaksinasi, manakala 2,865,416 individu atau 91.0% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 213,226 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,169 dos pertama, 2,680 dos lengkap dan 208,377 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,679,781 dos.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt seluruh negara setakat semalam adalah 1.09.

Negeri Sembilan mencatat nilai Rt tertinggi iaitu 1.13, diikuti Johor (1.10), Kedah (1.09), Kuala Lumpur (1.07), Selangor (1.05), manakala Pulau Pinang dan Melaka masing-masing 1.03, Sabah (1.01) dan Kelantan (1.0). – Bernama, 26 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen