162 kes Covid-19 varian Omicron dikesan sejak Ahad lalu - Utusan Malaysia

162 kes Covid-19 varian Omicron dikesan sejak Ahad lalu

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 162 kes Covid-19 baharu melibatkan varian yang dibimbangi (VOC) Omicron dalam tempoh  tiga hari lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Institute of Medical Research (IMR)  mengenal pasti 89 kes baharu, Faculty of Medicine University of Malaya (FOM-UM) mengenal pasti 71 kes baharu manakala Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI)  mengenal pasti dua kes baharu.

Menurut beliau, ia menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Varian Berkepentingan (VOI) sebanyak 7,056 kes.

“Daripada 162 kes, Selangor (59), Kuala Lumpur (39), Kedah (13), Negeri Sembilan (10), Kelantan (10), Johor (8), Pahang (6), Perak (5), Pulau Pinang (4), Melaka (2), Perlis (2), Sabah (2), Terengganu (1) dan Putrajaya (1). 

“Manakala daripada jumlah 7,056 kes tersebut, 7,036 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, secara keseluruhan sehingga kini, VOC terdapat 6,188 kes varian Delta, 601 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi kes-kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa tiga kes varian Eta,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya