Sedia insentif khas golongan muda, bakal pengundi 18 tahun - Utusan Malaysia

Sedia insentif khas golongan muda, bakal pengundi 18 tahun

KHAIRUDDIN Aman Razali mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk meneliti cadangan berhubung pemberian insentif khas kepada golongan muda khususnya  mahasiswa berusia 18 tahun kerana mereka bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Perkara itu dicadangkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam pertemuan beliau dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Menurut beliau, sebagai contoh, pemberian insentif yang boleh dipertimbangkan ialah penyediaan dana bagi menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kata beliau, pertemuan itu antara lain bagi membincangkan dan membangkitkan sembilan perkara penting membabitkan kesejahteraan serta kepentingan rakyat.

“Antaranya ialah insentif pengundi 18 tahun, isu Skim Wakaf berkaitan pendidikan percuma dengan geran padanan, Kadar Dasar Semalaman (OPR), cukai digital ekonomi dan  penggabungan bank fasa ketiga,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Khairuddin berkata, Tengku Zafrul turut  memaklumkan bahawa Kabinet sudah membincangkan cadangan mewujudkan semula konsep ‘Build-Own-Lease-Transfer’ (BOLT) dan ‘Deferred Payment’ hanya untuk projek infrastruktur yang tertentu seperti pembinaan hospital, sekolah, air dan universiti.

“Saya harap dengan keputusan-keputusan penting ini akan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara. Insya-Allah,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.