Trend seludup dadah meningkat - Utusan Malaysia

Trend seludup dadah meningkat

AYOB Khan Mydin Pitchay ketika sidang akhbar Op Tapis di Ibu pejabat Polis Bukit Aman. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan aktiviti penyeludupan dadah di sempadan negara semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes penyeludupan melibatkan negara jiran bukan perkara baharu dan sentiasa dipantau pihak berkuasa.

Menurut beliau, malah Pasukan Gerakan Am (PGA) ada membuat rampasan dadah di Perlis dan Kelantan masing-masing pada 18 dan 21 Januari lalu.

“Memang trend penyeludupan dadah meningkat. Isu penyeludupan ini akan berterusan dan tidak akan habis. Penyeludup akan cari kelemahan pegawai untuk membolehkan bahan terlarang dibawa masuk dari negara jiran.

“Kita juga ada kerjasama mantap dengan agensi luar seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PGA di sempadan. Insya-Allah kita akan mantapkan lagi operasi di utara Semenanjung,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya akan menjalankan Op Tapis Khas sebulan sekali dalam membanteras ancaman dadah yang lebih berkesan.

“Selepas perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, Op Tapis Khas ini akan dilancarkan sebulan sekali di semua kontinjen.

“JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan melalui hotline JSJN di talian 012-2087222.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya