'Kami sekeluarga sudah berinteraksi dengan beliau' - Marina Mahathir - Utusan Malaysia

‘Kami sekeluarga sudah berinteraksi dengan beliau’ – Marina Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Datuk Marina Mahathir dalam satu kenyataan.

“Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan beliau,” katanya.

Menurutnya, bagi pihak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, pihaknya sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin.

Katanya, ini juga orang ramai daripada pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr. Mahathir cepat sembuh.

“Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih.

“Pihak IJN dan keluarga Tun Dr. Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya