Warga emas maut kemalangan - Utusan Malaysia

Warga emas maut kemalangan

ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang dipandu mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang lelaki berusia 55 tahun meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke atas pembahagi jalan raya di Jalan Pahlawan di sini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 12.45 tengah hari hari ini.

Katanya, sejurus tiba, pasukan bomba di tempat kejadian didapati sebuah kenderaan Perodua Kelisa berwarna biru berada di atas pembahagi jalan.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat pemandu hilang kawalan menyebabkan kenderaan terbabas dan menaik ke atas pembahagi jalan raya.

“Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kenderaan yang berkunci,” tambahnya.

JBPM  ujarnya terpaksa memecahkan cermin kereta pada bahagian pintu belakang bagi mengeluarkan mangsa yang telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian

Operasi telah ditamatkan pada jam 1.18 petang hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya