Lima sekolah di Melaka rekod kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Lima sekolah di Melaka rekod kes positif Covid-19

RAIS Yasin (kiri) menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada seorang penduduk di Tanjung Minyak, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini mula merekodkan kes pelajar dijangkiti Covid-19, sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, sehingga kini seramai 21 pelajar sekolah menengah disahkan positif.

Katanya, mengikut pecahan, tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Arab (SMA) JAIM Darul Falah, Kuala Sungai Baru; SMA Assaiyidah Khadijah, Merlimau dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Mozac), Ayer Keroh masing-masing satu kes.

“Dua buah sekolah yang lain, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam merekodkan 12 kes dan SMK Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, enam kes.

“Pertambahan kes di lima buah sekolah ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster pendidikan di negeri ini mencecah 153 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sumbangan Tahun Baharu Cina kepada penduduk di Tanjung Minyak di sini hari ini.

Tambahnya, sehingga semalam dua buah kolej vokasional yang sebelum ini dilaporkan mencetuskan kluster baharu turut merekodkan pertambahan kes iaitu 107 di Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT), Bukit Katil dan 25 kes di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin.

Mengulas lanjut, Rais berkata, daripada lima sekolah terlibat, hanya sebuah sahaja sekolah berasrama penuh dan beliau tidak menolak kemungkinan jangkitan tersebut melibatkan kes sporadik.

“Hanya sekolah Mozac sahaja yang berasrama penuh, manakala empat lagi mempunyai pelajar yang menetap di asrama dan di luar (rumah masing-masing). Jadi, kes ini mungkin dibawa dari luar sekolah, kita masih mengkaji punca penularan di sekolah ini dan mungkin juga ia adalah kes sporadik,” katanya.

Katanya, SMK Agama Sultan Muhammad turut diarahkan tutup sehingga 27 Januari ini bagi mengawal penularan kes, manakala empat buah sekolah lagi beroperasi seperti biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya