McDonald's Thailand perkenal hidangan aiskrim berserta pes cili dan daging babi - Utusan Malaysia

McDonald’s Thailand perkenal hidangan aiskrim berserta pes cili dan daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Rangkaian makanan segera popular, McDonald’s Thailand tampil dengan menu baharu iaitu aiskrim sundae vanila yang dihidangkan dengan pes cili dan daging babi.

Lapor Thethaiger, francais makanan segera itu menjalin kerjasama dengan syarikat sos terkenal Thailand, Deksomboon dan aiskrim itu berharga 39 baht (RM4.90), selain tempoh jualannya sehingga 5 April ini.

Berdasarkan penilaian yang dibuat orang ramai, kebanyakannya menyamakan pes cili itu sama seperti perencah mi segera berperisa tomyam, namun rasanya lebih manis.

Gabungan daging babi yang dicampurkan dalam aiskrim itu dikatakan ‘hebat’ dan enak.

Ada juga yang berpendapat gabungan tersebut adalah pelik dan mereka enggan membelinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya