99.9 peratus akar umbi puas hati gugur Mohd. Khairuddin - Utusan Malaysia

99.9 peratus akar umbi puas hati gugur Mohd. Khairuddin

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sebanyak 99.9 peratus akar umbi Pas berpuas hati dengan keputusan parti itu menggugurkan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK). 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, tiada keperluan untuk parti itu membuat penjelasan lanjut atau rasmi berhubung isu melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan walaupun ada segelintir pemimpin yang mendesak. 

Jelasnya, pengguguran Mohd. Khairuddin adalah berhubung soal disiplin dan ia merupakan hal dalaman parti yang hanya untuk pengetahuan ahli-ahli tanpa perlu dihebohkan kepada masyarakat. 

“Tak perlu (penjelasan rasmi), itu pandangan terpencil dan sehingga ini saya mendapat maklumat daripada akar umbi, 99.9 peratus berpuas hati,” katanya kkepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Mohd. Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai AJK Pas, selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Pas menjelaskan pengguguran Mohd. Khairuddin tidak ada kena-mengena dengan soal pendirian terhadap Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, sebelum memutuskan untuk menggugurkan Mohd. Khairuddin, beberapa tindakan awal sudah diambil termasuk menasihatkan pemimpin itu. 

“Dia belum dipecat, cuma digugurkan sahaja daripada AJK dan sebelum daripada itu pun ada isu disiplin, kita sudah nasihat dan membuat tindakan awal. 

“Soal pengganti kita akan lihat jika ada keperluan sebab setakat ini parti berjalan macam biasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya