Lelaki hasilkan biola vegetarian pertama dunia - Utusan Malaysia

Lelaki hasilkan biola vegetarian pertama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dari Malvern di Worcestershire, England berjaya menghasilkan sebuah biola yang berasaskan produk vegetarian.

Lapor BBC, Padraig O’Dubhlaoidh menggunakan beberapa bahan antaranya buah pir kukus, beri dan air telaga dalam penghasilan biola tersebut.

Dubhlaoidh menghasilkan alat muzik itu yang bebas sepenuhnya daripada produk haiwan, di bengkelnya di Malvern Hills semasa waktu perintah berkurung dilaksanakan di negara itu akibat pandemik Covid-19.

Menurut The Vegan Society, badan instrumen yang ditempah khusus itu adalah yang pertama di dunia berdaftar dengan tanda dagangan organisasinya.    

Pengganti semula jadi bagi gam berasaskan haiwan juga digunakan pada biola yang bernilai 8,000 pound (RM45,628).

Sementara itu, Dubhlaoidh berkata, pahatan di sekeliling tepi alat muzik tersebut diperbuat daripada pir kukus yang dicelup dengan warna hitam.

Katanya, buah beri liar digunakan untuk mewarnakan pahatan kayu manakala air telaga pula dikumpulkan bagi digunakan dalam pelekatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya