Suntikan vaksin Covid-19 kanak-kanak  bermula bulan depan, sasar 70 peratus  - Utusan Malaysia

Suntikan vaksin Covid-19 kanak-kanak  bermula bulan depan, sasar 70 peratus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak yang berusia lima sehingga 11 tahun bermula bulan depan, sejurus selepas ketibaan vaksin Pfizer (kanak-kanak) 31 Januari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersetuju memberi kelulusan bersyarat kepada Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) untuk kegunaan kanak-kanak berkenaan.

Katanya, formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty yang akan digunakan dalam program vaksinasi adalah formulasi khas dan dibekalkan di dalam bebuli 10-dos (penutup jingga) serta perlu dicampur dengan 1.3 mL larutan garam biasa.

“Vaksin Messenger Asid Ribonukleik  (mRNA) ini telah menjalani kajian klinikal yang sangat ketat  dan teliti bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan vaksin tersebut. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7 peratus serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit Covid-19.

“Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada doa yang digunakan di dalam dos dewasa. Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan  minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pengambilan vaksin untuk kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak diwajbkan buat masa ini.

“Kementerian Kesihatan menyasarkan 70 peratus kanak-kanak terbabit  dapat diberikan dos  pertama  vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program serta  80 peratus  akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan pelaksanaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya