13 pelajar Sekolah Menengah Agama Nilai positif Covid-19 - Utusan Malaysia

13 pelajar Sekolah Menengah Agama Nilai positif Covid-19

SERAMAI 13 orang pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai dalam dikesan positif Covid-19 setakat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu lagi kes jangkitan Covid-19 melibatkan kluster pendidikan dicatatkan di Negeri Sembilan iaitu membabitkan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sehingga kini seramai 13 kes positif Covid-19 direkodkan menerusi Kluster Jalan Ban Aik 2 itu.

Menurutnya, kes bagi kluster berkenaan direkodkan dalam saringan bergejala dan kesemua yang positif adalah terdiri daripada pelajar sekolah.

“Individu yang dikesan positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin bagi rawatan selanjutnya.

“Dalam kluster ini, seramai 57 individu telah disaring termasuk warga sekolah serta kontak rapat bagi kluster tersebut. Seramai 44 individu negatif dan langkah sanitasi dilaksanakan di sekolah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu kata beliau, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 181 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya