3,229 kes jangkitan baharu Covid-19 


Raevathi Supramaniam

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 seluruh negara kekal pada 0.99. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2022.

MALAYSIA merekodkan 3,229 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Jumlah kes jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,817,163 kes.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) seluruh negara kekal pada 0.99. 

824 kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital turut direkodkan semalam. 

Kadar penggunaan katil hospital kini berada pada 65.3%, yang mana 25.5% adalah kes Covid-19. – 19 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen