Terpaksa jual harga lama meskipun ‘rugi’ - Utusan Malaysia

Terpaksa jual harga lama meskipun ‘rugi’

SYAHIRAH Abdullah (tengah) melayan pelanggan di Medan Samudera, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Peniaga di Medan Samudera, Bandar Hilir dekat sini mula resah apabila pembekal barangan seperti kraftangan, makanan tradisional, cenderahati dan sebagainya mula menaikkan harga sejak awal tahun ini.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, seorang peniaga, Omar Azzwan, 38, berkata, walaupun bekalan meningkat di antara lima hingga 10 peratus, dia tetap menjual pada harga lama atau lebih rendah bagi menarik perhatian pengunjung.

Meskipun mengakui terkejut mengenai kenaikan tersebut, jelasnya, rata-rata peniaga kecil sepertinya terpaksa akur kerana ketiadaan pembekal lain.

Katanya, penjual cenderahati tidak boleh menetapkan harga yang tinggi seperti peniaga makanan, memandangkan produk yang dijual bukan berstatus ‘wajib beli’ bagi pelancong yang datang ke Melaka.

“Walaupun pembekal menaikkan harga tetapi saya masih kekal menjual pelbagai barangan pada harga lama. Sebagai contoh satu pek lima rantai kunci, saya masih jual pada harga RM10.

“Saya terpaksa mengekalkan banyak barangan yang dijual pada harga lama, bimbang jika saya jual harga yang mahal mungkin pelanggan akan lari,” katanya yang sudah hampir 19 tahun berniaga di lokasi berkenaan.

Seorang lagi peniaga, Syahirah Abdullah, 26, juga turut mengakui, bukan kraftangan sahaja mengalami kenaikan tetapi makanan tradisional seperti belacan, cencaluk, kerepek, ikan masin dan sebagainya turut terkesan.

Katanya, dia mengambil keputusan sama, masih kekal menjual mengikut harga lama.

“Saya tidak mahu naikkan harga barangan mendadak kerana bimbang akan kehilangan pelanggan.

“Saya baru nak mula berniaga selepas rugi hampir RM60,000 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rentas negeri tidak dibenarkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya