DAP selar SC, bagaimana Azam Baki lepas tuduhan SICDA? - Utusan Malaysia

DAP selar SC, bagaimana Azam Baki lepas tuduhan SICDA?

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP mengkritik Suruhanjaya Sekuriti (SC) selepas membebaskan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki daripada dituduh di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan tersebut sekali gus menunjukkan Seksyen 25(4) SICDA tidak berfungsi dan diibaratkan seperti harimau tidak bertaring.

Malah beliau dalam masa yang sama menimbulkan persoalan bagaimana SC boleh melepaskan Azam daripada sebarang tuduhan, sedangkan jelas serta terbuka bahawa beliau membenarkan adiknya menjalankan dagangan saham secara proksi.

“Seksyen 25(4) SICDA kini menjadi seperti harimau tidak bertaring dan tidak berguna lagi.

“Kesan kepada pasaran modal Malaysia bukan setakat kehilangan keyakinan pelabur tetapi meletakkan SC serta penubuhannya dalam kedudukan yang meragukan, sama ada SC mampu melaksanakan tugas undang-undangnya tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik Facebooknya hari ini.

Terdahulu, SC dilapor tidak dapat memuktamadkan berlaku pelanggaran pemilikan saham oleh Azam di bawah seksyen itu.

SC yang selesai menjalankan siasatan ke atas Ketua Pesuruhajaya SPRM itu menjelaskan, perkara tersebut berdasarkan pengumpulan bukti yang diserahkan kepada pihaknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya