Rondaan berkala polis di kawasan perumahan penduduk berpindah 

Polis jalankan rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk berpindah 

MOHD. Shuhaily Mohd. Zain ketika menjalankan tinjauan lokasi kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) Daerah Seberang Perai Selatan akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah susulan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal dekat sini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penduduk yang diarahkan berpindah untuk sementara tidak perlu bimbang dengan keselamatan kediaman masing-masing.

“Pihak polis sama ada dari anggota sektor bertugas, URB dan MPV Daerah akan membuat rondaan berkala di kawasan perumahan penduduk yang telah diarahkan berpindah,” katanya menerusi Facebook PDRM Pulau Pinang di sini semalam.

Terdahulu, Mohd. Shuhaily menjalankan tinjauan lokasi kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung itu.

Kira-kira 400 individu daripada 86 ahli keluarga berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal dipindahkan ke kawasan selamat selepas kebakaran di kawasan itu sejak Rabu lalu belum berjaya dipadamkan.

Kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.40 petang Rabu lalu membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar. Kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira pukul 9 malam Khamis lalu, manakala kerja-kerja pemadaman masih dilakukan ketika ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, orang ramai terutama penduduk berdekatan dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti pembakaran secara terbuka dengan sengaja.

“Ini kerana jika perbuatan ini dikesan oleh pihak berkuasa, mereka boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya