23,277 usahawan termasuk terkesan banjir pohon SPIM - Utusan Malaysia

23,277 usahawan termasuk terkesan banjir pohon SPIM

Noh Omar (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama penerima pembiayaan SPIM di Restoran Lauk Ayam Kampung Seksyen 3 di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 23,277 permohonan usahawan diterima Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional bagi mendapatkan pembiayaan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) termasuk berkaitan banjir.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, Selangor mencatatkan 3,844 permohonan dengan 975 permohonan sudah pun diluluskan.

Katanya, ini melibatkan dana sebanyak RM9.1 juta daripada RM187 juta yang diperuntukkan kerajaan.

“Buat masa ini, permohonan pinjaman untuk SPIM bernilai RM187 juta tersebut kita selesaikan dahulu. 

“Ini disebabkan sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan untuk usahawan terkesan banjir daripada bajet SPIM berjumlah RM 200 juta keseluruhannya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan pembiayaan SPIM kepada usahawan terjejas banjir di Seksyen 3 hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau menyempurnakan penyerahan cek pembiayaan Tekun Nasional dibawah SPIM kepada 21 usahawan sekitar bandar raya ini dan Kota Raja dengan nilai RM209,000 selain barangan keperluan.

Kata beliau, fokusnya ketika ini adalah melibatkan mangsa banjir dengan Selangor merupakan negeri paling ramai pemohon.

Ujarnya, berdasarkan rekod, sebanyak 114 permohonan berkaitan usahawan yang terkesan mangsa banjir dengan melibatkan RM1.1 juta daripada 164 permohonan diterima Tekun Nasional.

“Fokus kita hendak membantu mangsa banjir dahulu bagi memulihkan perniagaan dengan nilai pembiayaan RM10,000 ribu tanpa caj keuntungan.

“Usahawan terbabit juga akan menikmati moratorium selama 12 bulan,” jelasnya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya