Beri ruang pihak berkuasa siasat Azam Baki - Utusan Malaysia

Beri ruang pihak berkuasa siasat Azam Baki

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak seharusnya dimarakkan lagi dengan pelbagai spekulasi serta mengadakan protes jalanan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ruang sewajarnya perlu diberikan kepada pihak bertanggungjawab yang menjalankan siasatan ketika ini.

“Azam sudah memberikan penjelasannya sebelum ini dan kita hanya perlu tunggu hasil siasatan.

“Jadi berilah ruang. Beliau bukannya lari ke luar negara pun. Kita tidak perlu takut, tidak perlu pening kepala sangat,” katanya.

Beliau mengulas gesaan beberapa pihak terhadap Azam termasuk Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang mengesyorkan beliau dicutikan sementara siasatan dibuat terhadap dakwaan beliau memiliki saham melebihi jumlah dibenarkan.

Pengerusinya, Tan Sri Rais Yatim berkata, ia bagi membolehkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membuat siasatan dengan lebih telus tanpa keberadaannya sebagai pengerusi badan tersebut.

AZAM BAKI

Bagaimanapun, Musa berpendapat, isu itu sudah berlarutan terlalu lama dan kini menjadi isu berunsurkan politik.

“Isu ini sudah jadi isu politik. Hanya pemimpin politik yang boleh selesaikan isu ini. Bila sudah jadi isu politik, kena faham. Walaupun pihak berkuasa menjalankan siasatan, ia hanya boleh ditangani oleh ahli politik,” katanya.

Satu mesyuarat akan diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari ini berhubung isu pemilikan saham syarikat membabitkan Azam.

Veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum ini dilaporkan berkata, Azam boleh dikenakan hukuman penjara jika beliau mengingkari sepina Parlimen untuk hadir memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya