Adun Perak ditahan, didakwa positif dadah


Alfian Z.M. Tahir

SEORANG Adun Perak ditahan malam tadi di sebuah kelab malam di Perai, Pulau Pinang selepas didakwa positif dadah, kata sumber polis.

The Malaysian Insight dibetritahu ahli politik berusia 53 tahun itu sudah dua penggal menjadi Adun.

“Dia ditahan bersama 35 yang lain di sebuah KTV di Megamall Perai.”

Bagaimanapun, sumber itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, portal berita Free Malaysia Today melaporkan Adun Perak itu telah dibawa ke mahkamah majistret di mana polis memohon perintah reman.

Menurut portal itu, keputusan prosiding reman masih belum diketahui.

Difahamkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – 14 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen