Transaksi tol RFID bermula 10 malam esok  - Utusan Malaysia

Transaksi tol RFID bermula 10 malam esok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam, esok. 

Menurut PLUS, pelanggan lebuh raya PLUS digalakkan beralih kepada sistem pembayaran menggunakan Tag Touch ‘n Go RFID untuk perjalanan yang senang, selamat dan selesa. 

Katanya, tag Touch ‘n Go RFID boleh digunakan untuk transaksi tol di lebuh raya dalam masa satu hari atau 24 jam pendaftaran dan pemasangan. 

“Jangan lupa untuk menambah nilai baki ke dalam Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu kerana tag tersebut tidak mempunyai baki setelah dipasang. 

“Buat urusan tambah nilai dengan lebih mudah, pada bila-bila masa dan di mana juga menerusi Aplikasi Touch ‘n Go eWallet,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

PLUS juga menyarankan pelanggan lebuh raya membuat penetapan tambah nilai automatik bagi memastikan baki pada Touch ‘n Go eWallet sentiasa mencukupi. 

“Untuk mendapatkan dan memasang tag tersebut melalui Pusat Pemasangan RFID, rujuk https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

“Anda juga boleh mendapatkan tag tersebut secara online melalui pautan https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag. Untuk maklumat lanjut sila klik https://rfid.touchngo.com.my/faq atau https://rfid.plus.com.my/faq.html,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya