Polis sahkan Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Iskandar Puteri - Utusan Malaysia

Polis sahkan Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Iskandar Puteri

SHEBBY SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Johor FA, Shebby Singh disahkan meninggal dunia ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar, pukul 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

“Ya (meninggal di kawasan Iskandar Puteri). Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah dia terbabas ketika sedang berbasikal.

“Kejadian tersebut juga tiada kaitan dengan sebarang insiden langgar lari,” katanya.

Berita yang tular di media sosial mendakwa Shebby atau nama sebenarnya Serbegeth Singh meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung.

Mendiang pernah menyarung jersi Harimau Malaya pada 1982 hingga 1991 dan telah beraksi pada sukan Asia di New Delhi pada 1982, sukan Asia di Seoul pada 1986 dan sukan Asia di Beijing 1990.

Selain itu, Shebby turut berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur pada tahun 1989.

Mendiang yang berasal dari Johor itu turut pernah menyarung jersi Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Beliau turut bergiat aktif sebagai pengulas sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya