Palsu sijil vaksinasi: SPRM tahan lelaki bayar petugas PPV - Utusan Malaysia

Palsu sijil vaksinasi: SPRM tahan lelaki bayar petugas PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sabah menahan seorang individu dipercayai meminta rasuah lebih RM2,000 daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober lalu.

Penahanan suspek berusia 31 tahun itu dilakukan SPRM Kota Kinabalu susulan menerusi satu operasi yang dilancarkan di sebuah daerah negeri ini kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Satu sumber memberitahu, lelaki tersebut dipercayai memberi wang rasuah yang diterima daripada orang awam kepada sukarelawan yang bertugas di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) sekitar Sabah.

“Wang terbabit diberikan sebagai balasan untuk mendaftarkan penama-penama yang tidak menerima suntikan dos vaksin Covid-19 bagi mendapatkan Sijil Digital Vaksinasi,” katanya di sini hari ini.

S. KARUNANITHY

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kata beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman dijangka akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya