Pelantikan Azam Baki teratur - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Pelantikan Azam Baki teratur – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Jangan dikaitkan proses itu (pelantikan) dengan kes kita dengar sekarang ini,” kata bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.  

Menurutnya, pelantikan Azam sewaktu beliau masih Perdana Menteri bagi menerajui suruhanjaya tersebut iaitu selepas bekas Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya meletakkan jawatan, dibuat secara teratur serta mengikut peraturan dan prosedur yang betul.

“Selepas itu, mesti ada pengganti dan yang melantik bukan saya, iaitu selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Proses lantikan itu teratur mengikut peraturan dan mana-mana jawatan kerajaan terutama jawatan penting seperti ini, tidak dibuat secara begitu mudah sahaja.

“Ia harus melalui satu proses yang diperakukan sebuah jawatankuasa di mana Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam kes seperti ini, mengemukakan cadangan nama dan bukan saya pilih. Dia cadangkan dan didapati dia layak, sudah mematuhi apa sahaja kriteria.

“Saya fikir proses itu tidak salah, memang betul dan teratur. Jadi jangan dikaitkan proses itu (pelantikan) dengan kes kita dengar sekarang ini, saya tak nak ulas kes tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan sama ada pelantikan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM telah melalui proses pemeriksaan terperinci oleh Perdana Menteri.

Ketika pelantikan Azam pada 9 Mac 2020, Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas pelantikan itu ialah Muhyiddin.

Baru-baru ini, Azam yakin dan menegaskan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.

Beliau antara lain tidak melihatnya sebagai isu apabila membenarkan adiknya, Nasir Baki, menggunakan akaun Azam membeli saham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya