Hasilkan formasi jarum suntikan guna kambing biri-biri - Utusan Malaysia

Hasilkan formasi jarum suntikan guna kambing biri-biri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SCHNEVERDINGEN: Dianggarkan 700 kambing biri-biri disusun dalam barisan bagi menghasilkan formasi berbentuk jarum suntikan di sebuah ladang di Schneverdingen, selatan Hamburg, Jerman.

Formasi itu merupakan antara usaha kerajaan Jerman untuk menggalakkan lebih banyak pendduduk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Media tempatan melaporkan, kesemua haiwan itu disusun dalam barisan menggunakan umpan roti.

Panjang formasi jarun suntikan itu mencecah 100 meter dan ia dihasilkan oleh peladang yang dikenali sebagai Wiebke Schmidt-Kochan.

Peladang itu memberitahu, dia menghabiskan masa selama beberapa hari untuk melatih kambing biri-birinya untuk membentuk formasi tersebut.

“Saya meletakkan kepingan roti atas garisan yang membentuk formasi jarum suntikan.

“Kemudian, kesemua kambing biri-biri itu diletakkan mengikut garisan tersebut dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sehingga kini, jumlah penduduk Jerman yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 adalah seramai 71.2 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya