ATM, Bakasa agih sumbangan UAE - Utusan Malaysia

ATM, Bakasa agih sumbangan UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (Bakasa) menyampaikan sumbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada anggota yang terjejas akibat banjir.

Markas ATM dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 320 kotak telah diagihkan kepada 75  keluarga anggota tentera dari ketiga-tiga perkhidmatan yang bertugas di sekitar Kuantan.

Katanya, agihan sumbangan bagi fasa pertama telah dibuat menerusi  majlis serahan bantuan yang diadakan di Dewan Indera, Desa Tentera Darat Sungai Panching, Kuantan, Pahang.

“Agihan kotak barangan berupa sumbangan Kerajaan UAE bagi fasa satu terdiri daripada telekung, Al-Quran, set sanitasi, barang kering dapur, beras dan minyak masak serta 2,000 kit solat yang disediakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat).

“Selain itu,  wang tunai dan alat cucian sumbangan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) turut diberikan. Sumbangan yang sama juga diserahkan kepada 13 warga tentera di sekitar Shah Alam, Klang dan Hulu Langat pada 1 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 30 Disember lalu, Kerajaan UAE telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asasi untuk diagihkan kepada lebih 700 anggota warga tentera yang terkesan banjir.

Dalam pada itu, Penasihat Bakasa Tengku Datuk Seri Uzir bin Tengku Ubaidillah turut menyampaikan  500 kotak barangan sumbangan badan amal dan  Kerajaan UAE serta Bakat ATM untuk disalurkan kepada masyarakat awam yang terjejas banjir.

“Sumbangan diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya